I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 16, 2010

Berhati-hati kepada rakan-rakan yg tengah praktikal...

Assalamualaikum...
Pagi tadi sy telah mendapat satu berita mengejutkan mengenai seorang rakan baik saya yang tengah praktikal di (tempat dirahsiakan). Apabila saya mengetahui berita tersebut daripada ayah, saya tidak menyangka bahawa mangsa keadaan tersebut adalah rakan baik saya sendiri. Kejadian tersebut telah membabitkan 2 orang pelajar praktikal. Kes ini terjadi sewaktu rakan saya dan rakan dia tengah membaiki mesin di kilang tersebut. Namun, salah seorang pekerja disana secara tidak sengaja telah menghidupkan mesin tersebut tanpa mengetahui bahawa mereka berada di dalam mesin tersebut. Yang malangnya seorang rakan dia telah tersepit dan tidak dapat menyelamatkan diri lantas meninggal dunia. Manakala rakan baik saya alhamdulillah telah terselamat daripada maut, namun dia telah mengalami kecederaan dalaman iaitu pendarahan hati selepas tersepit di dalam mesin tersebut (Namun dlm surat khabat melaporkan bahawa dia dlm keadaan kritikal. Buat aku rungsing je.). Tapi yang kesiannya pada awalnya keluarga dia hendak bercuti di sini namun tidak menduga sebaik sahaja tiba di sini mereka mendapat berita bahawa rakan saya itu telah terlibat dalam kemalangan di tempat kerja dah dimasukkan di dalam wad hospital. 
Jadi kepada rakan-rakan yang lain diluar sana yang tengah praktikal berhati-hatilah di tempat kerja anda. Malang tidak berbau. Semoga anda akan berjaya sewaktu praktikal ini. Gud luck 2 u all...
Waalaikumussalam~~~~

No comments:

Post a Comment