I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 29, 2011

Astahfirullahalazim..projek dalam selimut..

Hah..nie admin nak kongsi cerita kat korang.
Nie terjadi kat dusun (yang aku tak tau sapa empunya).
Aku ingatkan apa mula-mulanya tp arh...ada jga nak cari hal kat tempat camtu.
Kalau nak pun cari la tempat sunyi ckit nak wat projek.
Nie dahla kat dusun orang, waktu siang pulak tu.
Apa nak jadi.
Admin tengok je dari jauh.
Tapi sempat juga admin ambik gambar.
Lantak dialah malu lepas nie.
Korang pandai-pandailah menilai perbuatan nie.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






 




Ahaks..lu kena beb...btw thanks sebab sudi baca aa...


i'm Officially 20.....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas limpah yang dikurniakan.
Dah lebih 19 tahun admin bertapak di bumi yang nyata ini.
Dan bertahun-tahun juga admin dah hirup udara yang terdapat di dunia nie secara free.
(Kecuali angin kus-kus walaupun bagi free tp admin tetap tak nak)
Akhirnya masuk sudah tarikh 29 Januari 2011.
Tanda bertambah angka umur admin.
Hahaha..
Tapi takpe.
Makin tua makin menjadi.
Hahahah....


Friday, January 28, 2011

30 Minute Left

Ahaks kepada blogger sekalian...
Admin dah x sabar nak tunggi tengah malam nih.
Haaa....
Ingat tak entry admin yang lepas still countingtik tok tik tok
Sebenarnya....hehe....tarikh 29/01 adalah tarikh lahir admin...
Aiseh..dah nak masuk 20-an admin nie.
Sebelum nie admin suka kenakan kawan-kawan yang dah 20-an.
Haa..sekarang admin sendiri akan mencecah umur 20-an..
Sabar-sabar...tinggal 30 minit je lagi....


Wednesday, January 26, 2011

Koc Merah Jambu Wanita

Alahai...
Sekarang nie dah ada koc yang khas untuk wanita. Iyala, mana la tahan asyik bersesak dengan lelaki lain dalam koc. Tapi yang paling tak tahan apabila terasa diraba. Tapi nak wat camne kan?
Orang ramai kat situ jadi takkan nak tuduh semua lelaki?
Admin rasa memang bagus idea koc yang khas untuk wanita nie. Tak la si suami risau akan keselamatan si isteri tersayang diorang yang menaiki koc tersebut.
Rata-Rata yang menaiki koc ini adalah wanita.

Tapi yang memusingkan kepala admin kenapa ada juga yang tak sedar diri jantan tapi nak juga menaiki koc wanita.
Takkan la DESPERATE sangat kot bang?
Sudah-sudah la tu bang. Masalahnya yang naik koc wanita nie bukan yang muda tapi yang dah berkedut plak tu.
Ish..ish..ish....
Entahlah...apa nak jadi.........
Anda tgk la perbuatan diorang yang suka meraba ni...
Hah..nak sangat tadi, rabalah!!

Alahai bang, terang-terang dah terpampang gambar wanita pun nak masuk ea??

Ulat Dalam Daging

Hish..Tentu anda semua jijik dengan tajuk yang admin tulis kat atas kan.
Selalu kita dengar pepatah duri dalam daging tapi kali nie admin nak perkenalkan tajuk ulat dalam daging.
Tapi nie kisah bukan main-main. Memang betul-betul terjadi juga. Memang menjijikan apabila ada ulat dalam daging. Sedangkan ulat yang bergerak atas kulit kita pun dah terasa geli, apatah lagi kalau ulat macam tu bergerak dibawah lapisan kulit kita kan?
Eeeeeeee........!!!
Jadi korang yang kat luar tu admin nak pesan jangan la asyik nak pakai alat solek yang murah je. Yang murah tu akan ada kesan kimia yang mengakibatkan kulit kita tidak dapat terima lantas merosakkan tekstur kulit kita.
Haa..macam nie la akibat kalau nak ambik mudah je dalam hal penjagaan kulit.





Ape rasa korang kalau yang sebesar nie dalam daging korang aa??

Still Counting..TiK..tOk..TiK..tOk....

ApSal plak nak counting nie hah?
Buat matematik ke @ kira-kira wang?
Ahahaha....
Pssssstttt...pssstttt........
Nie ada 1 perkara yang admin nak bgtau korang..
Tp jgn bgtau orang len aa..
Sbnrnya.......
(Insyaallah akan bersambung sebelum 29 Januari 2011)

Xperw..korang pikir-pikir la dulu ea..Nty admin post lagi k..


Tuesday, January 25, 2011

Membahasakan Diri

Hmm...rasa-rasa macam nak tukar panggilan untuk membahasakan diri sebagai ganti nama diri pertama.
(Chewah, buka kitab BM plak)
Kali nie aku nak ubah dari guna perkataan "AKU" kepada "ADMIN".
Kepada blogger sekalian, admin saja nak wat perubahan nie. Perubahan memang perlu untuk kita maju ke depan kan??
Hihihi...
Itu saja yang admin nak kongsi kat korang semua.
Aiseh..ADMIN...best jga ea..hee

UFO....Wujud @ Sekadar Cerita Dongeng??

UFO??

Acap kali dah kita mendengar dan menonton cerita fiksyen yang berkaitan dengan makhluk asing nie..
I s h..I s h..I s h..
Macam mana nie. Patut ke kita percaya?
Nanti x pasal-pasal kita jadi macam dalam filem SKYLINE....
Ish..Tak nak la kena jajah makhluk asing. Hidup masih muda lagi nie. 
Tapi nie ada satu artikel yang aku dpt daripada keratan akhbar (sebenarnya dari akhbar online laa) tentang makhluk asing nie
Khas untuk tatapan korang semua...
Tadaaaaaaaaaaaa..........


Monday, January 24, 2011

Ustaz vs 3 Remaja

Asslamualaikun rakan-rakan sekalian...
Aku ada cerita nak kongsi kat korang semua. Nie kisah tentang seorang ustaz yang dah jemu tengok perangai budak-budak remaja kat kampung yang asyik tau melepak dan memekak je. Ada la 3 orang mamat nie yang selalu menyanyi tak ubah macam anjng menyalak kat tepi jalan. Jadi suatu hari ustaz nie tegurlah diorang. "Astahfirullahhalazim, dah nak maghrib nie. Bawa-bawalah bertaubat. Nie asyik melalak je kerja korang." Pastu sorang daripada diorang menjawab, "Apalah ustaz nie, orang berkarya apa. Ustaz apa tau?". Lalu ustaz tu pun rasa tercabar sebab ustaz nie pun bukan layan lagu-lagu yang tak tentu pasal camtu. "Macam nie la.  Ustaz rasa korang akan lebih berilham kalau korang ikut ustaz solat maghrib kat surau. Apa macam, berani tak?". Lantas diorang pun rasa tercabar dan setuju untuk ke surau pada petang itu. 
Sewaktu kat surau ustaz tersebut menyuruh mamat pertama nie untuk azan. Dengan keyakinan yang tinggi dia pun pergi kat mikrofon untuk azan. "Allah taalaa...Allah taalaa......!!". DUSH!! Terkena penampar ustaz tadi. "Aku ingat ko pandai azan. Rupanya lagi bahlul macam keldai". Lalu bilal pun azan maghrib seperti biasa. Apabila hendak memulakan solat ustaz tersebut berkali-kali angkat takbirratulihram tapi tak juga masuk-masuk. Lalu mamat kedua nie menyuruh ustaz tersebut undur dan dia pun menjadi iman. "ALLAHUAKBAR!!" Dengan sekali takbir sahaja dah masuk dan semua makmum pun mengangkat takbir. "Macam mana ustaz, sekali try je dah masuk. Hebat tak?". Tiba-tiba mamat kedua yang jadi imam tadi menoleh kebelakang dan bercakap dengan ustaz. Lalu terbatallah solat tadi dan semua yang ada di surau ketawa melihat kejadian tersebut. Lalu mamat ketiga nie dengan rela menjadi imam pada petang itu. Dengan sekali takbir, dan bacaan Al-Fatihah yang lancar, surah yang dihafal pun hebat. Semuanya berjalan dengan lancar sehingga habis salam dan doa penutup. Apabila semua makmum dah pulang ustaz tu pun memanggil mamat-mamat tu, "Alhamdulillah, ada juga dikalangan korang yang mampu menunaikan solat dengan baik. Ustaz bersyukur dan lega dengan awak." Ustaz tu pun memuji mamat ketiga tadi. "Baru ustaz tau. Jangan asyik pandang sebelah mata je kat kami ustaz. Yang tadi tu baru sikit je. Belum lagi kalau aku dah ambik wuduk. Lagi power dari nie tadi."
Astahfurillahalazim....ustaz tu hanya mampu mengucap je apabila tau yang mamat tu jadi  rupa-rupanya menjadi imam tanpa berwuduk.

Gambar nie aku ambik kat google je. Sebab tu ada 4 mamat kat sini.


Moral of the story:
Hahaha..ingatlah rakan-rakan. Solat  tu tiang agama. Cerita nie untuk suka-suka je. Ambik yang jernih buang yang keruh.

Saturday, January 1, 2011

Balik Ke Kampus


Haa..adakah anda berpuas hati dengan cuti anda musim ini?
Atau anda baru menyedari bahawa cuti hampir berakhir. Sudah terlambat untuk anda menyesali apa yang telah berlalu.
Pasti ramai anda di luar sana sudah bersedia untuk pulang ke kampus masing-masing dan juga tidak ketinggalan kepada adik-adik kita yang masih lagi di bangku sekolah terutama yang bersekolah di sekolah berasrama penuh tentu ada yang sudah pulang ke sekolah masing-masing.
Hari Isnin nie pula bermulalah kuliah pada tahun 2011.
Tapi bagi kami ini merupakan minggu orentasi kerana kami baru sahaja mengakhiri Pra-Ijazah dan kini menyambung pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perguruan.
Dah masuk ijazah sarjana muda kerja pun makin bertambah la.

Xpa, asalkan usaha pasti akan berjaya.
Moga tahun nie aku akan bertambah maju berbanding tahun yang sebelumnya.
Insyaallah....Amin....


Sabtu 1/1/11

Wah...tarikh yang menarik..semua angka 1 je...

Dengan berakhirnya tahun 2010 dan bermulanya tahun 2011 aku berharap agar tahun ini akan lebih bermakna daripada yang sebelumnya.
Bukan nak kata tahun lepas tidak elok. Cuma kita ingin membaiki kelemahan yang lepas dan menjadi lebih kukuh lari dari pelbagai aspek tidak kira kewangan, pelajaran, perhubungan dan juga lain-lain.
Dengan tahun baru ini marilah kita membuat azam baru dan berusaha untuk mengotakan janji yang kita buat dengan diri sendiri.