I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 24, 2011

Ustaz vs 3 Remaja

Asslamualaikun rakan-rakan sekalian...
Aku ada cerita nak kongsi kat korang semua. Nie kisah tentang seorang ustaz yang dah jemu tengok perangai budak-budak remaja kat kampung yang asyik tau melepak dan memekak je. Ada la 3 orang mamat nie yang selalu menyanyi tak ubah macam anjng menyalak kat tepi jalan. Jadi suatu hari ustaz nie tegurlah diorang. "Astahfirullahhalazim, dah nak maghrib nie. Bawa-bawalah bertaubat. Nie asyik melalak je kerja korang." Pastu sorang daripada diorang menjawab, "Apalah ustaz nie, orang berkarya apa. Ustaz apa tau?". Lalu ustaz tu pun rasa tercabar sebab ustaz nie pun bukan layan lagu-lagu yang tak tentu pasal camtu. "Macam nie la.  Ustaz rasa korang akan lebih berilham kalau korang ikut ustaz solat maghrib kat surau. Apa macam, berani tak?". Lantas diorang pun rasa tercabar dan setuju untuk ke surau pada petang itu. 
Sewaktu kat surau ustaz tersebut menyuruh mamat pertama nie untuk azan. Dengan keyakinan yang tinggi dia pun pergi kat mikrofon untuk azan. "Allah taalaa...Allah taalaa......!!". DUSH!! Terkena penampar ustaz tadi. "Aku ingat ko pandai azan. Rupanya lagi bahlul macam keldai". Lalu bilal pun azan maghrib seperti biasa. Apabila hendak memulakan solat ustaz tersebut berkali-kali angkat takbirratulihram tapi tak juga masuk-masuk. Lalu mamat kedua nie menyuruh ustaz tersebut undur dan dia pun menjadi iman. "ALLAHUAKBAR!!" Dengan sekali takbir sahaja dah masuk dan semua makmum pun mengangkat takbir. "Macam mana ustaz, sekali try je dah masuk. Hebat tak?". Tiba-tiba mamat kedua yang jadi imam tadi menoleh kebelakang dan bercakap dengan ustaz. Lalu terbatallah solat tadi dan semua yang ada di surau ketawa melihat kejadian tersebut. Lalu mamat ketiga nie dengan rela menjadi imam pada petang itu. Dengan sekali takbir, dan bacaan Al-Fatihah yang lancar, surah yang dihafal pun hebat. Semuanya berjalan dengan lancar sehingga habis salam dan doa penutup. Apabila semua makmum dah pulang ustaz tu pun memanggil mamat-mamat tu, "Alhamdulillah, ada juga dikalangan korang yang mampu menunaikan solat dengan baik. Ustaz bersyukur dan lega dengan awak." Ustaz tu pun memuji mamat ketiga tadi. "Baru ustaz tau. Jangan asyik pandang sebelah mata je kat kami ustaz. Yang tadi tu baru sikit je. Belum lagi kalau aku dah ambik wuduk. Lagi power dari nie tadi."
Astahfurillahalazim....ustaz tu hanya mampu mengucap je apabila tau yang mamat tu jadi  rupa-rupanya menjadi imam tanpa berwuduk.

Gambar nie aku ambik kat google je. Sebab tu ada 4 mamat kat sini.


Moral of the story:
Hahaha..ingatlah rakan-rakan. Solat  tu tiang agama. Cerita nie untuk suka-suka je. Ambik yang jernih buang yang keruh.

No comments:

Post a Comment